Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa bagi yang berugama Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. semoga puasa anda di tahun ini mendapat barakah hendaknya. Isu saya pada malam ini adalah berkenaan dengan MERCUN. Tentu pembaca sekalian pernah bermain mercun dan sebagainya sewaktu masih kecil mahupun dewasa. Mercun pernah satu ketika dahulu di benarkan untuk di main oleh rakyat Malaysia namun telah di haramkan setelah mercun hanya memudaratkan dan telah menyebabkan ramai orang kehilangan anggota badan cacat penglihatan hilang pendengaran dan sebagainya. Dewasa ini masih kedengaran lagi di corong radio di kaca tv mahupun tertulis di dada akhbar semakin hari ada saja kanak-kanak yang cedera hilang jari akibat bermain dengan mercun. Contohnya di bawah ini saya lampirkan berita yang saya baca di Utusan Malaysia Online .
Murid hampir putus jari
| |
| Kanak-kanak lelaki yang terlantar di hospital selepas jari tangan kanannya hampir putus terkena mercun di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam. |
ALOR SETAR 22 Ogos - Menjelang setiap kali musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri, kisah kanak-kanak cedera bermain mercun pasti kedengaran.
Kali ini, seorang murid tahun dua di Pokok Sena dekat sini, semalam, menjadi mangsa pertama akibat bermain mercun pada perayaan ini.
Akibat kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali hampir putus jari tengah kanannya setelah mercun yang dipegangnya tiba-tiba meletup.
Selain itu, sebahagian tapak tangan mangsa juga melecur dan terpaksa menerima beberapa jahitan.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun tersebut bersama seorang lagi rakannya berhampiran rumahnya.
Mereka dipercayai menyalakan sumbu sebutir mercun bola sebelum membaling ke tanah tetapi tidak meletup.
Mangsa mengambil semula mercun bola itu untuk melihat apa yang berlaku, tetapi malangnya ia tiba-tiba meletup.
Kanak-kanak itu yang kesakitan kemudian berlari pulang ke rumahnya bagi memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya.
Jiran mangsa membantu menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Adalah amat menyedihkan bila melihat jari kanak-kanak tersebut hampir putus kerana bermain dengan mercun bola. Berikut di bawah juga saya ambil dari Utusan Malaysia Online
Cedera di mata mercun meletup
| |
| IRWAN Mustaffa masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, akibat terkena letupan mercun bola, petang kelmarin. |
KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Akibat bermain mercun bola, seorang murid tahun tiga cedera di mata kanan akibat terkena letupannya dalam satu kejadian di Batu Enam, Manir, dekat sini semalam.
Mangsa, Irwan Mustaffa Abu Bakar, 9, dipercayai bermain mercun tersebut seorang diri di hadapan rumahnya pada pukul 6.30 petang.
Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka menyedari kejadian itu apabila melihat mangsa berlari masuk ke dalam rumah sambil memegang mata kanannya.
Katanya, setelah memeriksa mereka mendapati mata kanan mangsa cedera dan berlumuran darah.
"Ketika itu kami sedang sibuk menyediakan juadah berbuka," ujarnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Ujarnya, mereka yang terkejut dengan keadaan mangsa, terus membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya, setakat ini mereka masih tidak pasti keadaan mata mangsa sama ada mengalami kecederaan serius atau sebaliknya.
"Apa yang saya lihat, kelopak mata mangsa sedikit terkoyak dan kami tidak pasti mengenai nasibnya selepas ini," katanya.
Nah ini lagi kasihan.Adik Irwan Mustafa ini mengalami kecederaan mata sebelah kanannya akibat bermain dengan mercun bola. Akibat dari kecederaan ini beliau mungkin buta mata sebelah kanannya.



Post a Comment