Keajaiban Kuasa ALLAH S.W.T

Posted by admin | 9:48 PM

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu


GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.
Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.
"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.
Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Komen: Subhanallah Maha suci ALLAH ini semua kuasaNya. Jika ALLAH berkehendakkan yang mati hidup di matikan yang sudah mati pun boleh di hidupkan semula. Betapa besarnya kuasa ilahi.Inilah tanda kekuasaan ALLAH.

Lagi-lagi Mercun

Posted by admin | 10:12 PM

Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa bagi yang berugama Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. semoga puasa anda di tahun ini mendapat barakah hendaknya. Isu saya pada malam ini adalah berkenaan dengan MERCUN. Tentu pembaca sekalian pernah bermain mercun dan sebagainya sewaktu masih kecil mahupun dewasa. Mercun pernah satu ketika dahulu di benarkan untuk di main oleh rakyat Malaysia namun telah di haramkan setelah mercun hanya memudaratkan dan telah menyebabkan ramai orang kehilangan anggota badan cacat penglihatan hilang pendengaran dan sebagainya. Dewasa ini masih kedengaran lagi di corong radio di kaca tv mahupun tertulis di dada akhbar semakin hari ada saja kanak-kanak yang cedera hilang jari akibat bermain dengan mercun. Contohnya di bawah ini saya lampirkan berita yang saya baca di Utusan Malaysia Online .

Murid hampir putus jari


Kanak-kanak lelaki yang terlantar di hospital selepas jari tangan kanannya hampir putus terkena mercun di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 22 Ogos - Menjelang setiap kali musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri, kisah kanak-kanak cedera bermain mercun pasti kedengaran.
Kali ini, seorang murid tahun dua di Pokok Sena dekat sini, semalam, menjadi mangsa pertama akibat bermain mercun pada perayaan ini.
Akibat kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali hampir putus jari tengah kanannya setelah mercun yang dipegangnya tiba-tiba meletup.
Selain itu, sebahagian tapak tangan mangsa juga melecur dan terpaksa menerima beberapa jahitan.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun tersebut bersama seorang lagi rakannya berhampiran rumahnya.
Mereka dipercayai menyalakan sumbu sebutir mercun bola sebelum membaling ke tanah tetapi tidak meletup.
Mangsa mengambil semula mercun bola itu untuk melihat apa yang berlaku, tetapi malangnya ia tiba-tiba meletup.
Kanak-kanak itu yang kesakitan kemudian berlari pulang ke rumahnya bagi memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya.
Jiran mangsa membantu menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan.





Adalah amat menyedihkan bila melihat jari kanak-kanak tersebut hampir putus kerana bermain dengan mercun bola. Berikut di bawah juga saya ambil dari Utusan Malaysia Online


Cedera di mata mercun meletup


IRWAN Mustaffa masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, akibat terkena letupan mercun bola, petang kelmarin.


KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Akibat bermain mercun bola, seorang murid tahun tiga cedera di mata kanan akibat terkena letupannya dalam satu kejadian di Batu Enam, Manir, dekat sini semalam.
Mangsa, Irwan Mustaffa Abu Bakar, 9, dipercayai bermain mercun tersebut seorang diri di hadapan rumahnya pada pukul 6.30 petang.
Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka menyedari kejadian itu apabila melihat mangsa berlari masuk ke dalam rumah sambil memegang mata kanannya.
Katanya, setelah memeriksa mereka mendapati mata kanan mangsa cedera dan berlumuran darah.
"Ketika itu kami sedang sibuk menyediakan juadah berbuka," ujarnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Ujarnya, mereka yang terkejut dengan keadaan mangsa, terus membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya, setakat ini mereka masih tidak pasti keadaan mata mangsa sama ada mengalami kecederaan serius atau sebaliknya.
"Apa yang saya lihat, kelopak mata mangsa sedikit terkoyak dan kami tidak pasti mengenai nasibnya selepas ini," katanya.

Nah ini lagi kasihan.Adik Irwan Mustafa ini mengalami kecederaan mata sebelah kanannya akibat bermain dengan mercun bola. Akibat dari kecederaan ini beliau mungkin buta mata sebelah kanannya.

Assalamualaikum salam perkenalan

Posted by admin | 12:46 PM

Setelah sekian lama saya belajar dan mendalami blog kini saya ingin mencuba nasib menjana pendapatan melalui blog di harapkan segala usaha saya ini akan membuahkan hasil

Saya akan jejak anda semula